Thursday, 20 October 2011

Bayaran Rawatan

Janganlah bimbang...Bayaran Seikhlas hati anda
Kepuasan bagi jemaah kami melihat orang sakit tersebut sembuh daripada musibah yang dialami
Bukan kami yang menyembuhkan...semuanya daripada allah..

Cuma rawatan diluar kawasan dikenakan sedikit bayaran bagi menampung kos perjalanan

Saka

Saka adalah makhluk jin yang telah berada dalam tubuh seseorang manusia sehingga sebati dengan diri nya. Ianya berlaku tanpa seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui .

Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut .Saka tersebut patuh kepada tuannya selagi dijamu dengan pelbagai makanan seperti dijanjikan oleh pembela saka.Saka tersebut tidak mengikut tuan yang membelanya semasa tuannya meninggal sebaliknya memilih keturunan tersebut sebagai tuan barunya.


Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah S.W.T. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Tuesday, 18 October 2011

Sihir

Petanda terkena Sihir atau Saka

-Sakit kepala selepas waktu asar
-Sakit rusuk kiri/kanan selepas waktu asar-Sentiasa gelisah dan suka menyendir
-Sakit dada dan pinggang selepas waktu asar
-Mimpi melihat ular/binatang berbisa
-Mimpi berada ditempat kotor/sunyi
-Mimpi menyusukan bayi
-Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal
-Gagal melakukan hubungan kelamin
-Sukar mendapat jodoh
-Kerap bergaduh suami isteri hanya kerana perkara kecil

Santau

Simptom-simptom pesakit bila terkena santau ialah :-

-Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal
-Bisa/gatal dikawasan dada dan rusuk
-Sakit perut bila minum air yang mengandungi unsur limau
-Sering bermimpi objek-objek yang berbahaya seperti kaca
-Bisa-bisa sendi badan
-Muntah darah
-Badan terasa panas bila menjelang maghrib

Rawatan Ke Tempat Anda

Bagi pesakit yang mengalami gangguan jin seperti santau,histeria,sihir dan saka yang inginkan kami datang kerumah,anda boleh hubungi kami .Pesakit perlu sediakan air mineral besar sebotol,perkhidmatan ini terhad untuk kawasan Alor Setar /Pokok Sena /Jitra/Pendang sahaja. Rawatan boleh untuk seisi keluarga,bersihkan rumah dan pagar rumah, kesemua rawatan  tersebut termasuk kos perjalanan hanya RM150.00 sahaja.