Sunday 15 July 2012

Ilmu Teluh


Ini juga sihir yang terkenal di Indonesia. Ia adalah sihir yang lebih kurang sama dengan ilmu santet. Perbezaannya terletak pada objek pemujaannya yang terdiri daripada objek yang bernyawa. Objek yang sering digunakan adalah haiwan seperti katak, lintah, lipan dan sebagainya. Ciri serangan sihir jenis ini dapat dialami oleh mangsa sihir dan juga orang lain yang berada di sekelilingnya. Antara contoh serangan sihir yang biasa dialami adalah:

Terlihat bola api ataupun cahaya yag masuk ke dalam rumah.
Terdengar bunyi benda jatuh di dalam rumah ataupun pasir ditabur di atas bumbung rumah.
Terdengar suara lebah ataupun ribut ataupun seperti orang sedang bergaduh walaupun di rumah itu sebenarnya tidak ada orang.
Sekiranya sihir dihantar pada satu bahagian tubuh mangsa, anggota yang disihir akan membengkak. Bahagian yang membengkak itu kemudiannya mengeluarkan binatang seperti ulat, cacing dan lintah.
Wujud binatang seperti lipan ataupun lintah diikuti bau busuk yang tidak diketahui puncanya di dalam rumah.

No comments:

Post a Comment