Rawatan Zahir - Berkaitan Penyakit Tubuh Badan Seperti Penyakit Kencing Manis ,Darah Tinggi ,Jantung ,Gaut ,Lumpuh,Saraf Dan Lain2 Rawatan Batin - Rawatan Santau,Rawatan Sihir,Rawatan Buang Saka,Rawatan Buang Ilmu Salah Dan Lain-Lain Berkaitan Alam Ghaib Semua penyakit ada penawarnya kecuali maut...
Sunday, 15 July 2012
Susuk
Susuk adalah antara cabang ilmu sihir, apabila sesuatu benda dimasukkan ke dalam tubuh bagi menghasilkan sesuatu tujuan. Ia dipasang oleh dukun-dukun/bomoh yang mendalami bidang tersebut. Di antara tujuan susuk digunakan adalah seperti berikut:
Menjadi cantik dan sentiasa dipandang berseri-seri serta awet muda.
Menghasilkan kekuatan luar biasa dan kekebalan yang biasa digunakan oleh pengamal ilmu persilatan.
Menjadi penunduk dan penggerun supaya orang lain menjadi hormat atau pun takut.
Menguatkan tenaga seks atau pun menaikkan ghairah seks. Ia digunakan oleh pelacur-pelacur atau pun orang yang berminat dengan kehidupan seperti itu.
Susuk yang biasa digunakan adalah berbentuk jarum atau pun bahan tajam yang terdiri daripada unsur besi, perak, tembaga, suasa atau pun emas. Berlian juga biasa digunakan sebagai susuk kecantikan. Ketika susuk dimasukkan ke dalam tubuh, mantera-mantera dan ritual penyembahan serta penyeruan jin, syaitan dan iblis laknat terkutuk dilakukan oleh bomoh-bomoh susuk berkenaan. Terdapat juga bomoh yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, namun jelas susuk itu bertentangan dengan syariat Islam.
Pemakaian susuk memberikan khayalan palsu kepada pemakainya. Beliau merasa masih muda, cantik dan kuat. Penggunaan susuk itu mujarab disebabkan bantuan jin dan syaitan yang memberi gambaran palsu kepada orang yang melihatnya. Pengamal susuk menjadi hodoh, tua, lemah dan tidak sekuat dulu apabila susuknya dibuang.
Muslimin dan muslimat wajib menjauhi pemakaian susuk walau apapun alasan dan bentuk susuk tersebut. Kita wajib menghindarinya kerana ianya membawa akibat yang buruk terutama di akhir usia dan azab di akhirat yang dahsyat kerana syirik kepada Allah s.w.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment