Thursday, 20 October 2011

Saka

Saka adalah makhluk jin yang telah berada dalam tubuh seseorang manusia sehingga sebati dengan diri nya. Ianya berlaku tanpa seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui .

Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut .Saka tersebut patuh kepada tuannya selagi dijamu dengan pelbagai makanan seperti dijanjikan oleh pembela saka.Saka tersebut tidak mengikut tuan yang membelanya semasa tuannya meninggal sebaliknya memilih keturunan tersebut sebagai tuan barunya.


Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah S.W.T. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:
Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah S.W.T.:

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang dengan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

No comments:

Post a Comment