Akal mencetuskan 'tahu', hati mencetuskan 'yakin' dan 'mahu', nafsu pula menentukan 'mampu'. Ilmu dapat me'muas'kan akal, iman dapat me'muas'kan hati dan menjerat nafsu. Muallim(guru) mengajar untuk memberitahu, murabbi(pendidik) mendidik untuk mencetuskan mahu dan memimpin kebuasan nafsu. Hati adalah raja anggota badan. Akal adalah bendahara kepada hati. Nafsu pula pengacau yang boleh memburukkan akal dan hati. Ringkasnya, hati menentukan tindakan, akal memandu hati untuk bertindak membuat kerja dengan 'betul-betul'. Nafsu pula perosak kepada 'perancangan' hati dan akal! Disamping faktor dalaman tersebut, faktor luaran juga mempengaruhi 'penghijrahan' seseorang, untuk keluar daripada zon selesa kepada zon derita
No comments:
Post a Comment