Tuesday, 17 July 2012

Sebab-sebab Berlakunya Gangguan Jin





Masalah yang dialami manusia adalah cara Allah s.w.t. mengingatkan kembali hamba-hambaNya yang hanyut dalam menjalani kehidupan supaya mereka kembali pada cara hidup yang benar.Sebagaimana firman Allah s.w.t.:






Maksudnya:


“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” – (Surah ar-Rum : 41)


Selain disebabkan oleh perkara-perkara yang diketahui secara ilmu kedoktoran dan kejiwaan, ada juga beberapa penyebab lain yang selama ini jarang diambil berat. Antaranya:


1. Dari dalam lingkungan (internal) pesakit sendiri, contohnya pagar-pagar bagi penjagaan rumah (contohnya tangkal) daripada gangguan makhluk halus ataupun kecurian, yang digantung, ditanam di dalam dan sekitar rumah, tempat kerja ataupun perniagaan.


Azimat, rajah, wafak atau haikal yang digantungkan dan dipasang di rumah, tempat kerja ataupun perniagaan.
Azimat, rajah, wafak yang dipakai ataupun dibawa di dalam kain ataupun sapu tangan, diikat di kepala, pinggang, diamsukkan di dalam dompet, di dalam topi, dalam bentuk pen dan sebagainya.
Dalam bentuk benda-benda lain seperti senjata tradisional, benda-benda pusaka ataupun bertuah, cincin, keris, lembing,badik,baju kebal dan sebagainya.
Gambar-gambar makhluk bernyawa, patung, topeng yang dipasang ataupun digantung di rumah.
amalan, wirid atau zikir yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad yang tidak ada dalil seperti beberapa jenis selawat, doa-doa yang dibaca mengikut bilangan yang ditentukan dengan khasiat tertentu yang tidak ada keterangan sahih daripada al-Quran dan Hadis.
Pernah ataupun masih aktif dengan ilmu persilatan tertentu, tenaga dalam yang diperolehi melalui cara pengisian, susuk, pernafasan, wirid-wirid bacaan dan sebagainya.
Maksiat yang dilakukan dan melanggar perintah Allah s.w.t.
Pernah membunuh ular di dalam rumah.
Membuang air panas ataupun menjatuhkan benda yang berat tanpa basmalah terlebih dahulu.
ruang rumah yang lembab, kurang cahaya, suram dan ruang laluan udara yang tertutup.
2. Dari luar lingkungan (eksternal) pesakit


Termasuk dalam kelompok sihir iaitu guna-guna, ilmu penunduk, tenung dan sebagainya.
Ainul hasad (pandangan jahat) ataupun nafsul hasad (jiwa yang jahat).
Dijadikan sebagai syarat perjanjian dengan jin.
Sekiranya ia adalah sebab-sebab internal yang kita miliki dalam kehidupan seharian, ia pada mulanya memang dapat memberi manfaat kepada kita. Namun hakikatnya, perkara itu adalah tipu daya syaitan yang memberikan perkhidmatan suapaya kita semakin percaya dan bersungguh-sungguh menjaganya bahkan, menyebarkan kepada orang lain. Ataupun manfaat itu sebenarnya adalah istidraj daripada allah s.w.t. dan dibiarkan orang itu merasa nikmat dalam kecelaruannya.


Seksaannya ditunda oleh Allah s.w.t. supaya semakin besar dosa yang dilakukan sehingga suatu hari nanti, orang itu akan ditimpa oleh seksaan secara sekaligus oleh Allah s.w.t. dalam bentuk yang berat. Dengan adanya pelbagai sebab itu, kita perlu bersyukur kerana kita diberi petunjuk suapaya cepat mengenal pasti kecelaruan, segera memperbaikinya dan bertaubat kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment